Sunday, 16 March 2014

KENAPA KENA MINUM ESP?

Assalammualaikum semua

Wah. Rasa lama betul tidak menconteng di sini.
Alhamdulillah akhirnya ALLAH bagi kesempatan singgah di sini kejap.
Apa khabar? Harap semua baik-baik saja ya.
Sekarang masuk bulan Mac, cepat masa berlalu.
Semoga azam 2014 sedang berjalan. Teruskan usaha :)
Semoga ALLAH permudahkan impian-impian kita semua.
Jangan lupa impian jadi hamba SOLEH & SOLEHAH. Amin.

Disebabkan bulan ni promo ESP SHAKLEE.
Jadi saya pun sebagai pengedar SHAKLEE yang berjaya kena la bagi terang kan. Hehehe. Ayat tu bah.
Kalau ada siapa baca entry saya sebelum ni mesti tahu saya pun kenal SHAKLEE melalui ESP ni.
Memang supplement favorite dari dulu dan INSYAALLAH sampai bila-bila.


Ni la ESP (Soy Protein Isolate Powder). Satu-satunya minuman protein yang bagi 9 asid amino yang tidak dapat dihasilkan oleh badan kita. Jadi apa yang istimewa sangat pasal ESP Shaklee sampai ramai yang jatuh cinta termasuk saya. Jom baca lagi.

Sebelum tu apa sebenarnya protein ni?
Protein ini penting untuk sel-sel dalam badan kita. Protein penting untuk bentuk otot, ligamen, kuku, rambut, tulang dan lain-lain lagi. 


Tengok di piramid makanan ni pun, paling banyak kita kena ambik PROTEIN!
Penting ka tidak wahai anak-anak? Hehehe.
Cepat angguk kepala.

Protein ni memang sangat sangat penting untuk badan kita.
Persoalan seterusnya, 
"Saya hari-hari makan ayam, ikan, udang, daging. Jadi kenapa kena minum ESP tu lagi?"

Soalan yang BERNAS. Macam ni ya, protein yang ada dalam makanan yang kita makan hari-hari tu cepat musnah bila dimasak dengan suhu yang tinggi. Istimewanya ESP SHAKLEE ni dibuat dari kacang soya, bukan kacang soya biasa, kacang soya yang ada "non-GMO" (non-Genetically Modified Organism) yang mana diproses pada kadar suhu yang rendah, supaya  protein yang ada tidak musnah. Bagus kan? Sebab tu la ESP ni sangat SPECIAL.

Sekarang kita tengok apa pula tanda-tanda kurang PROTEIN dalam badan.
  • Cepat penat

  • Kulit wajah kusam

  • Rambut gugur

  • Kurang berat badan

  • Kuku mudah patah

Jadi kalau ada sudah tanda-tanda di atas ni wajib la ambik ESP :)
ESP ada baaanyak lagi kebaikan.



Disebabkan bulan ni promo ESP, saya ada sedia set combo ESP untuk semua.


Siapa-siapa yang berminat jangan malu-malu contact saya. Boleh pos ke semenanjung jugak. Jangan risau saya bagi harga special punya.

Okay semua. Jumpa lagi lain kali. Terima kasih baca sampai habis.