Monday, 29 December 2014

ALLAH SAYANG SEMUA

Assalammualaikum semua :)

Alhamdulillah. Akhirnya sempat jugak singgah sini
Setelah berkurun lamanya. Hehe.
Apa khabar semuanya?
Semoga semua baik-baik saja
Makasi yang singgah & follow walaupun tiada update apa-apa
InsyaAllah ada masa saya lawat & follow balik ya

Banyak benda jadi sepanjang tahun 2014 ni
Boleh dikatakan tahun paling mencabar
Tapi Alhamdulillah masih kuat & sabar
Ujian datang tanpa kita minta
Tanpa sempat untuk kita bersiap sedia
Yang buat kita selalu tanya
"Kenapa AKU?"

Sebab ALLAH pilih kita
Sebab ALLAH mahu kita dekat dengan Dia
Sebab ALLAH mahu kita jadi lebih baik
Sebab ALLAH mahu kita sedar kuasa dia sangat sangat besar
Sebab itu yang terbaik untuk kita
Sebab kita mampu & kuat

Tapi percaya la ALLAH maha pengasih & penyayang
Dia yang paling sayang kita lebih dari yang lain
Lebih dari Mama kita sendiri
Kasih ALLAH Agung
Yang kadang kita selalu LUPA
ALLAH bagi kita SEMUA
Tidak terkira 
Semoga kita jadi di antara hamba yang bersyukur
Tidak lupa dengan nikmat yang ALLAH bagi pinjam
Redha & sabar dengan setiap ujian yang datang
Bergantung hidup hanya dengan ALLAH
Mintak dari ALLAH sebanyak mungkin
Yakin ALLAH maha kuasa!

Tinggal 2 hari lagi sebelum kita buka buku 2015
Semoga 2015 lebih baik untuk kita semua
Semoga kita jadi hamba yang lebih baik
Umat Rasulullah yang lebih baik
Anak yang lebih baik
Istiqamah. Diberi hidayah & petunjuk
Ringan untuk bertaubat
Ringan untuk menangis untuk dosa-dosa kita
Aaamiiin.
Sayang semua banyak-banyak :)

Firman Allah SWT maksudnya : "Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau belaka. Dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Maka tidakkah kamu memahaminya?" (Surah Al-An'Am ayat 32)

Sunday, 16 March 2014

KENAPA KENA MINUM ESP?

Assalammualaikum semua

Wah. Rasa lama betul tidak menconteng di sini.
Alhamdulillah akhirnya ALLAH bagi kesempatan singgah di sini kejap.
Apa khabar? Harap semua baik-baik saja ya.
Sekarang masuk bulan Mac, cepat masa berlalu.
Semoga azam 2014 sedang berjalan. Teruskan usaha :)
Semoga ALLAH permudahkan impian-impian kita semua.
Jangan lupa impian jadi hamba SOLEH & SOLEHAH. Amin.

Disebabkan bulan ni promo ESP SHAKLEE.
Jadi saya pun sebagai pengedar SHAKLEE yang berjaya kena la bagi terang kan. Hehehe. Ayat tu bah.
Kalau ada siapa baca entry saya sebelum ni mesti tahu saya pun kenal SHAKLEE melalui ESP ni.
Memang supplement favorite dari dulu dan INSYAALLAH sampai bila-bila.


Ni la ESP (Soy Protein Isolate Powder). Satu-satunya minuman protein yang bagi 9 asid amino yang tidak dapat dihasilkan oleh badan kita. Jadi apa yang istimewa sangat pasal ESP Shaklee sampai ramai yang jatuh cinta termasuk saya. Jom baca lagi.

Sebelum tu apa sebenarnya protein ni?
Protein ini penting untuk sel-sel dalam badan kita. Protein penting untuk bentuk otot, ligamen, kuku, rambut, tulang dan lain-lain lagi. 


Tengok di piramid makanan ni pun, paling banyak kita kena ambik PROTEIN!
Penting ka tidak wahai anak-anak? Hehehe.
Cepat angguk kepala.

Protein ni memang sangat sangat penting untuk badan kita.
Persoalan seterusnya, 
"Saya hari-hari makan ayam, ikan, udang, daging. Jadi kenapa kena minum ESP tu lagi?"

Soalan yang BERNAS. Macam ni ya, protein yang ada dalam makanan yang kita makan hari-hari tu cepat musnah bila dimasak dengan suhu yang tinggi. Istimewanya ESP SHAKLEE ni dibuat dari kacang soya, bukan kacang soya biasa, kacang soya yang ada "non-GMO" (non-Genetically Modified Organism) yang mana diproses pada kadar suhu yang rendah, supaya  protein yang ada tidak musnah. Bagus kan? Sebab tu la ESP ni sangat SPECIAL.

Sekarang kita tengok apa pula tanda-tanda kurang PROTEIN dalam badan.
  • Cepat penat

  • Kulit wajah kusam

  • Rambut gugur

  • Kurang berat badan

  • Kuku mudah patah

Jadi kalau ada sudah tanda-tanda di atas ni wajib la ambik ESP :)
ESP ada baaanyak lagi kebaikan.



Disebabkan bulan ni promo ESP, saya ada sedia set combo ESP untuk semua.


Siapa-siapa yang berminat jangan malu-malu contact saya. Boleh pos ke semenanjung jugak. Jangan risau saya bagi harga special punya.

Okay semua. Jumpa lagi lain kali. Terima kasih baca sampai habis.

Saturday, 15 February 2014

Pengedar Shaklee Kota Kinabalu, Penampang & Kota Belud

Assalammualaikum semua

Hari ini mesti semua orang tengah merehatkan diri kan.
Kalau tidak pun kemas-kemas rumah.
Mungkin jalan-jalan? Tengok wayang. Shopping?
Apa-apa pun semoga semua orang HAPPY.
Dan jangan lupa syukur kita masih hidup. ALHAMDULILLAH :)

Ramai sudah tahu saya pengedar SHAKLEE,
tapi mungkin ada yang tidak tahu saya tinggal area mana.
Saya tinggal area SEMBULAN, KOTA KINABALU (KK).
COD boleh area KK.
Disebabkan saya kerja area DONGGONGON, PENAMPANG.
Jadi COD area Penampang pun boleh masa bekerja ya.

Ooo ya, lagi satu saya asal KOTA BELUD (KB)
Saya ada 2 orang downline di KB.
Orang KB boleh cari saya jugak :)

SHAKLEE syarikat supplemen semulajadi No. 1 di Amerika Syarikat.
Kita ada macam-macam pilihan.

1) Set Keluarga
2) Set Kanak-Kanak
3) Set Diet
4) Set Tambah Berat Badan
5) Set Ibu Mengandung
6) Set Berpantang
7) Set Ibu Menyusu
8) Set Migrain
9) Set Resdung
10) Set Kecantikan



Bibi Ashikin
ID : 1073310
FB : Bibi Ashikin Inqera
H/P : 010-9532677

Sunday, 9 February 2014

[SHAKLEE] SET MIGRAIN

Assalammualaikum semua

Syukur Alhamdulillah kita masih bernafas. Semoga ALLAH permudahkan urusan kita semua ya.

Bos bagi cuti lama hari tu sempena Chinese New Year, besok baru mula kerja balik.Ada la rasa malas sikit. Hee. Tapi kena semangat jugak, banyak kerja menanti di office, lagipun bos sudah bagi angpow jadi kena la extra rajin ni. Hehehe.

Hari ni mahu kongsi SET MIGRAIN. Kalau orang yang pernah rasa sakit kepala @ migrain ni memang tahu la betapa sakitnya kepala. ALLAH saja la tahu. Jadi SHAKLEE ada supplement untuk mengelakkan sakit kepala @ migrain menyerang.


Tips lain kalau saya sakit kepala:
  • Minum air banyak-banyak
  • Tutup lampu dan bunyi-bunyi, bagi tenang diri dan tidur
  • Letak tuala basah di atas dahi
  • Istighfar & doa
Macam biasa kalau mahu order boleh PM di facebook. Whatsapp/Viber 0109532677. WeChat ID : BibiAshikin

Jumpa lagi di entry seterusnya. InsyaALLAH.
Bye! :)


Tuesday, 4 February 2014

[SHAKLEE] Vita-Lea (Multivitamin)

Assalammualaikum semua

Alhamdulillah. Kita masuk bulan februari sudah.
Cepat masa berlalu kan.
Saya baru balik dari kampung, sebab bos bagi cuti panjang sempena Tahun Baru Cina.
SAYANG bos :)

Masuk bulan baru, maksudnya SHAKLEE pun ada promo baru.
Kalau bulan lepas ALFALFA COMPLEX.
Bulan ni kita ada Vita-Lea.

Jadi saya kongsi sikit la pasal multvitamin SHAKLEE ni ya.
Vita-Lea ni kira vitamin pertama yang Dr. Forrest C. Shaklee cipta.
Dulu nama dia "Vitalized Minerals"
Multivitamin ni juga yang pertama di dunia. WOW!
Hebatnya SHAKLEE.
Lagi satu, perkataan VITAMIN yang kita guna hari ni pun datang dari SHAKLEE.



Kalau dulu mutivitamin ni dalam bentuk cecair, sekarang sudah jadi tablet.

Yang paling best lagi, VITALEA ni multivitamin yang paling cepat larut dalam air dan juga dalam badan manusia. Maksudnya mineral dalam VITALEA ni mudah berintegrasi dengan protein untuk penyerapan yang cepat oleh usus kecil.

Ada ujian klinikal yang kena buat membuktikan kalau ambil Vita-Lea dalam tempoh 1 tahun dapat mengurangkan risiko jatuh sakit 65%, dan semestinya dengan izin ALLAH la kan. Jadi, makan Vita-Lea ni satu usaha kita untuk kekal sihat.


Nama pun multivitamin, jadi dalam 1 biji Vita-Lea ni ada baaaaaaaaaaaaanyak vitamin.
Wah. Banyak betul tu. Hehehe.
Ada Vita A, Vita D, Vita E, Vita C, Asid Folik, Vita B1, Vita B2, Vita B3, Vita B6, Vita B12, Biotin, Vita B5, Kalsium, Fosforus, Iodin, Zat Besi, Magnesium, Cooper & Zink.

Untuk orang yang malas mahu telan banyak-banyak vitamin boleh la cuba Vita-Lea ni. Setiap vitamin yang ada dalam Vita-Lea tu ada kebaikan masing-masing.

Kalau mahu terang panjang pulak nanti post ni. Jadi, ringkasnya boleh la baca bawah ni :)


Okay, tu saja ya. Kita jumpa di post seterusnya. Terima kasih singgah sini :) Semoga kita semua dirahmati ALLAH. Amin.
BYE!

Tuesday, 14 January 2014

[SHAKLEE] SET KANAK-KANAK

Assalammualaikum semua.

Alhamdulillah. Hari ni 12 Rabiulawal 1435, hari kelahiran Nabi kesayangan kita, Nabi Muhammad SAW. Semoga kita sentiasa ingat Rasulullah, amalkan sunnah Rasulullah, sayang Rasulullah & selalu selawat :)

Okay la, hari ni mau kongsi SET KANAK-KANAK SHAKLEE.
Si manja ni faham-faham saja la kan.
Memilih makan. Yang warna hijau mesti tidak mahu.
Suka yang colourful, yang manis-manis, fastfood.
Makanan yang macam ni bukan la makan yang sihat untuk budak-budak.
Sebab itu kita ada makanan tambahan untuk bagi segala nutrien yang cukup.
Macam biasa, kalau mahu order boleh mesej ya.



Friday, 10 January 2014

[SHAKLEE] SET KECANTIKAN

Assalammualaikum semua.

Alhamdulillah. ALLAH masih panjangkan umur kita.
Semoga kita sentiasa dekat dengan ALLAH & jadi hamba NYA yang lebih. insyaALLAH.

Hari ni mahu kongsi SET KECANTIKAN SHAKLEE :)
Semua orang pun mahu cantik kan?



Kalau ada budget lebih boleh ambil COLLAGEN POWDER.



Okay. Tu saja la untuk hari ni. Besok keja! :) Terima kasih singgah baca.

Saturday, 4 January 2014

[SHAKLEE] Promo Januari 2014 : Alfalfa Complex

Assalammualaikum semua

Alhamdulillah. Hari ke 4 di tahun 2014.
Masih mampu melihat, mampu mendengar, mampu berjalan dan berlari.
Semoga kita sentiasa bersyukur dan guna segala nikmat yang ALLAH bagi pinjam secara percuma ni dengan sebaik mungkin. InsyaALLAH.

Hari ni mahu terang sikit pasal Alfalfa Complex ya :)
Alfalfa Complex ini salah satu produk yang Dr. SHAKLEE sendiri yang buat dalam tahun 1950an. Kenal Dr. Shaklee ka? Ni la dia pengasas SHAKLEE :)

Gambar zaman muda 

Gambar zaman kurang muda :)

Alfalfa ni sebenarnya sejenis tumbuhan. Juga orang selalu sebut-sebut sebagai RAJA SEGALA TUMBUHAN. Eh?! Kenapa sampai begitu sekali alfalfa ni dapat gelaran. Apa la yang special sangat tu kan?

Alfalfa ambil masa paling sekejap pun boleh tumbuh dalam 2 tahun. Istimewanya Alfalfa ni akar dia tumbuh  sampai 20 kaki ke dalam tanah. Maksudnya Alfalfa ni banyak dapat serap segala nutrisi dan biasanya Alfalfa ni dapat bagi segala nutrisi yang tidak ada pada buah-buahan atau sayur-sayuran. 

Alfalfa

Jadi apa kebaikan Alfalfa Complex Shaklee ni?

Mencuci hati, darah dan usus
Alfalfa makanan yang sangat beralkali  yang boleh mengembalikan kenormalan badan yang berasid, menghilangkan toksin dari badan, membersihkan hati, kolon, darah dan mencantikkan kulit dan otot

Melawan alahan
Memperbaiki keadaan kulit dan hidung sensitif, kurap, bau badan dan ulat air (athlete's foot) dengan berkesan

Baik untuk patologi di dalam usus dan perut
Memperbaiki masalah saluran penghadaman seperti kembung, hyperacidity, ulser gastrik, hepatitis dan sembelit

Menyingkirkan lemak & kolestrol
Kajian klinikal menunjukkan pengunaan jangka panjang alfalfa akan menghapuskan lemak, mengurangkan kolestrol , mencegah penyakit jantung, strok dan darah tinggi. Hanya alfalfa sahaja yang mengandungi 

Melawan tumor
Memakan 30-50 tablet untuk mengalkali badan, dengan itu memperbaiki sel-sel kanser dan membuang tumor


Alfalfa Complex Shaklee ada 2 size. Besar & kecik. Kalau mahu order PM @ Whatsapp saja ya. Okay, Bye! :) Terima Kasih baca blog saya.