Tuesday, 17 December 2013

Macam mana jadi ahli SHAKLEE?

Assalammualaikum semua 

Alhamdulillah. Syukur. ALLAH masih bagi peluang untuk kita hidup di muka bumi ni. Semoga kita semua jadi hamba ALLAH yang lebih baik ya 


Hari tu lepas saya post status dapat bonus SHAKLEE di Facebook, ramai la pulak tanya, Banyak ka dapat bonus? Macam mana dapat bonus? Kena jual banyak-banyak? Senang ka mahu dapat bonus? Jadi saya pun terus terfikir bagus saya buat satu entry di blog ni untuk siapa-siapa yang berminat mahu join SHAKLEE. Macam berpengalaman la pulak kan  Padahal saya pun baru 2 bulan lebih dalam SHAKLEE. Cuma kongsi apa yang saya tahu saja la dengan semua   Jadi, mari kita mula sesi soal jawab 


1) Macam mana mahu daftar jadi ahli SHAKLEE?
  • Boleh daftar dengan saya. Saya tolong daftarkan di branch nanti ATAU
  • Kalau rajin, boleh pergi sendiri di branch SHAKLEE yang terdekat di kawasan masing-masing (Bila daftar sendiri kena ada ID member SHAKLEE yang telah berdaftar. Boleh guna ID saya bila daftar : 1073310 - Norashikin Norjain)

2) Berapa bayaran untuk jadi ahli SHAKLEE?
  • Bayaran untuk jadi ahli RM65 sahaja ATAU
  • Ada pilihan untuk yang rasa-rasa mahu mula biz dengan SHAKLEE, boleh dapat bayaran untuk jadi ahli secara PERCUMA. Syaratnya kena buat belian lebih kurang RM670 bersamaan dengan 200point(UV). Untuk yang ni sudah layak untuk dapat bonus dari SHAKLEE ya. Sebab minimum untuk dapat bonus kena dapat 150UV. Jadi, tidak rugi. Untung lagi 

3) Apa kelebihan daftar jadi ahli SHAKLEE?
  • Dapat beli produk dengan harga ahli. 32% lebih murah dari harga bukan ahli.
  • Dapat bonus untuk setiap pembelian lebih kurang RM500 dan ke atas ATAU bersamaan dengan 150UV
  • Dapat untung runcit bila jual dengan orang yang bukan ahli SHAKLEE

4) Macam mana mahu dapat bonus dari SHAKLEE?
  • Jawapannya kena la jual produk SHAKLEE ni kan. Makin banyak kita jual, makin banyak la bonus yang kita dapat nanti.

5) Senang ka mahu jual SHAKLEE ni?
  • Kalau kita cakap SENANG, insyaALLAH senang.
  • Mula-mula saya kenal SHAKLEE pun bukan untuk buat biz. Tapi untuk kesihatan. Lepas cuba, saya tahu SHAKLEE ni bagus. Jadi kenapa tidak kongsi dengan orang lain kan? Saya percaya dengan SHAKLEE.
  • Produk SHAKLEE ni pun sudah sangat BAGUS, jadi mesti la senang kita mahu jual. 

6) Kena maintain point/UV setiap bulan?
  • Tidak perlu 
  • Tapi kalau yang mahu dapat bonus setiap bulan kena la maintain kan 
  • Kalau tidak beli produk setiap bulan tidak apa. Jangan risau ya.

Okay! Habis sudah sesi soal jawab. Terima kasih baca blog saya 




No comments:

Post a Comment