Monday, 23 December 2013

Dia Adik Lelaki Saya

Assalammualaikum semua

Hari isnin. Hari rajin bekerja. Ceh. Rajin la sangat.
Rajin sebab banyak kerja. Closing account di hujung tahun.
Semoga kerja dapat siap dengan cemerlang. Ayat tu bah. Hee.
Hari ini juga hari rajin update blog. Tiba-tiba.

Mari sini semua, saya mahu kenalkan my one and only BROTHER. NORFAIZAL.




Saya anak sulung. Adik saya lahir 13 bulan lepas saya. Yang uniknya, birthday kami terbalik saja. Saya lahir 12 November (12/11), dia lahir 11 Disember (11/12). Mama cakap dia tidak sangka mengandung masa tu. Sebab saya pun kira baru jak lahir. Lepas adik saya ni lahir, saya tidak suka. Kalau dia mahu menyusu mesti tidak bagi. Menangis jugak mahu menyusu. Mama cakap memang susah mahu urus saya masa tu. Sikit-sikit menangis kalau mama suda dengan adik saja. Pukul adik la. Mama cakap saya jahat masa tu. HAHAHA.

Sila faham perasaan saya masa tu, walaupun saya tidak ingat apa-apa. Orang baru saja mahu bermanja-manja dengan bapak mama. Tiba-tiba orang keempat ni datang. Mana la saya tidak marah kan? Kan? Tapi lama-lama okay la. Semakin matang mungkin. Hee.



Adik saya ni kadang-kadang macam kembar saya pun ada. Masuk tadika sama-sama. Pergi sekolah pun sama-sama. Jadi di mana ada dia. Di situ la ada saya jugak. Masa di asrama dulu. Kalau ada apa-apa masalah mesti cari dia. Start berpisah pun lepas habis SPM. Saya masuk matrikulasi. Masa belajar, selalu terfikir, kan bagus kalau adik lelaki ada di sini. Apa-apa pun boleh mintak tolong.

Jadi kenapa la konon saya mahu bercerita pasal adik lelaki saya ni. Sebab hari ini, baru dapat gambar ni.
Alhamdulillah konvo sudah adik saya. Syukur.


Jealous pulak tengok gambar ni. Dulu masa saya konvo tiada gambar 1 family. Bapak mama saja yang datang. Teringin mahu konvo balik.



Next time cerita pasal adik yang mengada-ngada ni pulak. Saya SAYANG adik-adik saya. Semoga kami semua bahagia dunia akhirat. InsyaALLAH. Ok. Bye!

Terima kasih baca blog saya.

1 comment:

  1. wahhh... best tu gambar ramai2 masa konvo adik..

    ReplyDelete