Tuesday, 31 December 2013

2014 Datang

Assalammualaikum semua

Hari terakhir sebelum kita melangkah ke tahun 2014.
Alhamdulillah. ALLAH masih bagi peluang hidup dan dapat merasa nikmat dunia.
Cepat saja masa berlalu kan?

Tahun baru maksudnya umur bertambah.
Maksudnya semakin dekat kita dengan tarikh akhir hidup.
Semakin dekat juga kita dengan tarikh akhir dunia.
ALLAH maha mengetahui.
Tapi masa itu mungkin semakin hampir.
Mungkin juga sangat hampir.

Di sini bukan tempat tinggal kita.
Kita semua bakal pergi ke tempat yang kekal ABADI.
Bersedia ka kita?
Cukup ka bekalan kita?

Selagi masih bernafas, peluang masih ada.
ALLAH maha pengasih & penyayang.
Sama-sama berubah jadi hamba ALLAH yang lebih BAIK.
InsyaALLAH :)

# macam ustazah pulak ni. hehehe.



Semoga kita sentiasa positif, berbaik sangka, kawal nafsu, sayang ALLAH, sayang RASULALLAH, sayang FAMILY, sayang SEMUA, senang memaafkan orang lain, senang mintak maaf, bahagia & sihat. Amin.

Saturday, 28 December 2013

[SHAKLEE] SET DIET

Assalammualaikum semua

Alhamdulillah. Masih dapat pinjaman kesihatan dan pernafasan dari ALLAH.
Semoga apa yang kita buat sentiasa dirahmati ALLAH. Amin :)

Hari tu sudah kongsi SET KESUBURAN, kali ni kongsi SET DIET pulak.
Sepanjang hampir 3 bulan jadi ahli SHAKLEE, customer paling ramai beli produk untuk turunkan berat badan. Bukan sahaja untuk kurus & cantik, tapi untuk SIHAT. insyaALLAH.
Saya ni  pulak antara orang yang terkurang berat badan. Hehehe.
Jadi amat mustahil saya dapat cuba SET DIET SHAKLEE ni.

Alhamdulillah, family + customer  yang ambil SET DIET bagi testimoni positif.
Jadi dari situ saya tahu SET DIET SHAKLEE sangat membantu untuk mereka-mereka yang dalam perancangan untuk turunkan berat badan.

* klik imej untuk lebih jelas

Okay, ni 3 produk yang ada untuk SET DIET.
1) Cinch Shake Mix (Ada 3 perisa - Chocolate, Cafe Latte & Vanilla)
2) Lecithin
3) Herblax

Di bawah ni testimoni dari customer yang juga cousin dan juga kawan sekolah yang ambil SET DIET. Baru 1 bulan ya guna produk SHAKLEE ni, turun 3 kg. Tapi bukan semata-mata dengan ambil SET DIET ni sahaja, kena usaha sendiri juga. Kawal makan + Exercise. SHAKLEE hanya membantu proses kuruskan badan.

* klik imej untuk lebih jelas

Sebenarnya dalam SHAKLEE kita ada banyak pilihan. Untuk setiap SET, setiap ahli SHAKLEE ada cadangan masing-masing yang mungkin berbeza antara satu sama lain. Setiap produk SHAKLEE ada 1001 kebaikan. Jadi untuk tahu lebih lanjut kena la tanya ahli-ahli SHAKLEE yang ada. Untuk yang baca blog ni, boleh la tanya saya ya :)

Pilihan kedua untuk yang mahu harga lebih MURAH. SET DIET (BUDGET). Ada 2 produk, Lecithin + Alfalfa Complex.

* klik imej untuk lebih jelas

Macam biasa, yang mahu tahu lebih lanjut jangan malu-malu tanya :)
Okay, BYE!


Monday, 23 December 2013

Dia Adik Lelaki Saya

Assalammualaikum semua

Hari isnin. Hari rajin bekerja. Ceh. Rajin la sangat.
Rajin sebab banyak kerja. Closing account di hujung tahun.
Semoga kerja dapat siap dengan cemerlang. Ayat tu bah. Hee.
Hari ini juga hari rajin update blog. Tiba-tiba.

Mari sini semua, saya mahu kenalkan my one and only BROTHER. NORFAIZAL.




Saya anak sulung. Adik saya lahir 13 bulan lepas saya. Yang uniknya, birthday kami terbalik saja. Saya lahir 12 November (12/11), dia lahir 11 Disember (11/12). Mama cakap dia tidak sangka mengandung masa tu. Sebab saya pun kira baru jak lahir. Lepas adik saya ni lahir, saya tidak suka. Kalau dia mahu menyusu mesti tidak bagi. Menangis jugak mahu menyusu. Mama cakap memang susah mahu urus saya masa tu. Sikit-sikit menangis kalau mama suda dengan adik saja. Pukul adik la. Mama cakap saya jahat masa tu. HAHAHA.

Sila faham perasaan saya masa tu, walaupun saya tidak ingat apa-apa. Orang baru saja mahu bermanja-manja dengan bapak mama. Tiba-tiba orang keempat ni datang. Mana la saya tidak marah kan? Kan? Tapi lama-lama okay la. Semakin matang mungkin. Hee.



Adik saya ni kadang-kadang macam kembar saya pun ada. Masuk tadika sama-sama. Pergi sekolah pun sama-sama. Jadi di mana ada dia. Di situ la ada saya jugak. Masa di asrama dulu. Kalau ada apa-apa masalah mesti cari dia. Start berpisah pun lepas habis SPM. Saya masuk matrikulasi. Masa belajar, selalu terfikir, kan bagus kalau adik lelaki ada di sini. Apa-apa pun boleh mintak tolong.

Jadi kenapa la konon saya mahu bercerita pasal adik lelaki saya ni. Sebab hari ini, baru dapat gambar ni.
Alhamdulillah konvo sudah adik saya. Syukur.


Jealous pulak tengok gambar ni. Dulu masa saya konvo tiada gambar 1 family. Bapak mama saja yang datang. Teringin mahu konvo balik.



Next time cerita pasal adik yang mengada-ngada ni pulak. Saya SAYANG adik-adik saya. Semoga kami semua bahagia dunia akhirat. InsyaALLAH. Ok. Bye!

Terima kasih baca blog saya.

Saturday, 21 December 2013

SET KESUBURAN SHAKLEE

Assalammualaikum semua

Alhamdulillah masih di beri peluang untuk hidup di muka bumi ni.
Semoga kita menggunakan masa yang ALLAH bagi ni sebaik mungkin. InsyaALLAH.

Hari ni mahu kongsi sikit saja pasal SET KESUBURAN SHAKLEE.
Ada beberapa orang yang tanya hari tu.
Jadi ni la set yang SHAKLEE ada untuk suami & isteri ya.

* klik gambar untuk lebih jelas

Pengambilan set kesuburan ini cuma salah satu usaha untuk pasangan yang merancang untuk dapat anak, yang menentukan hanya ALLAH yang maha kuasa ya. Usaha, doa dan tawakal.

Semoga ALLAH permudahkan urusan kita semua. Amin.
Siapa-siapa yang mahu tahu lebih lanjut boleh mesej di Facebook atau Whatsapp.

Tuesday, 17 December 2013

Macam mana jadi ahli SHAKLEE?

Assalammualaikum semua 

Alhamdulillah. Syukur. ALLAH masih bagi peluang untuk kita hidup di muka bumi ni. Semoga kita semua jadi hamba ALLAH yang lebih baik ya 


Hari tu lepas saya post status dapat bonus SHAKLEE di Facebook, ramai la pulak tanya, Banyak ka dapat bonus? Macam mana dapat bonus? Kena jual banyak-banyak? Senang ka mahu dapat bonus? Jadi saya pun terus terfikir bagus saya buat satu entry di blog ni untuk siapa-siapa yang berminat mahu join SHAKLEE. Macam berpengalaman la pulak kan  Padahal saya pun baru 2 bulan lebih dalam SHAKLEE. Cuma kongsi apa yang saya tahu saja la dengan semua   Jadi, mari kita mula sesi soal jawab 


1) Macam mana mahu daftar jadi ahli SHAKLEE?
  • Boleh daftar dengan saya. Saya tolong daftarkan di branch nanti ATAU
  • Kalau rajin, boleh pergi sendiri di branch SHAKLEE yang terdekat di kawasan masing-masing (Bila daftar sendiri kena ada ID member SHAKLEE yang telah berdaftar. Boleh guna ID saya bila daftar : 1073310 - Norashikin Norjain)

2) Berapa bayaran untuk jadi ahli SHAKLEE?
  • Bayaran untuk jadi ahli RM65 sahaja ATAU
  • Ada pilihan untuk yang rasa-rasa mahu mula biz dengan SHAKLEE, boleh dapat bayaran untuk jadi ahli secara PERCUMA. Syaratnya kena buat belian lebih kurang RM670 bersamaan dengan 200point(UV). Untuk yang ni sudah layak untuk dapat bonus dari SHAKLEE ya. Sebab minimum untuk dapat bonus kena dapat 150UV. Jadi, tidak rugi. Untung lagi 

3) Apa kelebihan daftar jadi ahli SHAKLEE?
  • Dapat beli produk dengan harga ahli. 32% lebih murah dari harga bukan ahli.
  • Dapat bonus untuk setiap pembelian lebih kurang RM500 dan ke atas ATAU bersamaan dengan 150UV
  • Dapat untung runcit bila jual dengan orang yang bukan ahli SHAKLEE

4) Macam mana mahu dapat bonus dari SHAKLEE?
  • Jawapannya kena la jual produk SHAKLEE ni kan. Makin banyak kita jual, makin banyak la bonus yang kita dapat nanti.

5) Senang ka mahu jual SHAKLEE ni?
  • Kalau kita cakap SENANG, insyaALLAH senang.
  • Mula-mula saya kenal SHAKLEE pun bukan untuk buat biz. Tapi untuk kesihatan. Lepas cuba, saya tahu SHAKLEE ni bagus. Jadi kenapa tidak kongsi dengan orang lain kan? Saya percaya dengan SHAKLEE.
  • Produk SHAKLEE ni pun sudah sangat BAGUS, jadi mesti la senang kita mahu jual. 

6) Kena maintain point/UV setiap bulan?
  • Tidak perlu 
  • Tapi kalau yang mahu dapat bonus setiap bulan kena la maintain kan 
  • Kalau tidak beli produk setiap bulan tidak apa. Jangan risau ya.

Okay! Habis sudah sesi soal jawab. Terima kasih baca blog saya 




Wednesday, 11 December 2013

Dapat Bonus! YEAY :)

Assalammualaikum semua.

Semoga semua sihat, happy & positif hendaknya :)
Cepat-cepat buang dalam tong sampah semua yang negatif.
Sangat tidak berguna untuk hidup yang sekejap dan sementara ni.
Chewah. Macam berceramah la pulak ni. Hehehe.

Alhamdulillah masa di beri peluang bernafas di bumi ALLAH.
Tarik nafas. Hembus. Tarik nafas. Hembus :))
Alhamdulilah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Dapat nikmat ALLAH yang tidak terhingga.

Sangat ketara saya tengah GEMBIRA? :)
Alhamdulillah. Hari ni sudah keluar bonus statement SHAKLEE untuk bulan NOVEMBER.
Belum masuk akaun sebenarnya. Tapi nampak slip gaji  statement pun sudah senang hati.
Insyaallah masuk akaun 14 @ 15 hari bulan nanti.
Kira berbaloi la kan segala usaha saya buat. Alhamdulillah.



Bulan kedua join SHAKLEE. Bulan oktober dapat bonus jugak. 2 angka saja.
Bulan november Alhamdulillah dapat bonus 3 angka. Target tidak tercapai sebenarnya.
Tapi tidak apa yang penting sudah usaha. Lagi pun ok la kan, daripada tidak dapat apa-apa :)
Mungkin ALLAH ada rancangan lain. Yang penting usaha, doa & tawakal.

Bye-bye! Terima kasih baca blog saya :)