Monday, 4 November 2013

Siapa Saya ? :)

Assalammualaikum.

Hai Semua! :)
Alhamdulillah. 1 Muharam. Semoga tahun ni kita lebih banyak buat amal kebaikan. Jadi hamba solehah. Amin. Memandangkan ni post pertama untuk blog saya. Ada baiknya saya perkenalkan diri saya kan. Chewah. Nama betul Norashikin, Bibi tu biasa la nama manja. Jadi kira nama gabungan la. Bibi Ashikin. Cantik jugak kan? Ish ish. Puji nama sendiri pula. Hehehe.

Asal orang Kota Belud. Orang SABAH bah ni :) Lepas sekolah sambung belajar di Matrikulasi Labuan. Ambil degree Accounting di Universiti Utara Malaysia. Suka betul dengan nombor. Lagi-lagi menguruskan duit. Impian memang mahu jadi AKAUNTAN. InsyaALLAH kalau ada rezeki. Sekarang kerja bahagian akaun di syarikat yang banyak buat kerja-kerja elektrik. ALHAMDULLILLAH.

Sambil-sambil tu saya suka cari duit lebih. Mula masa di universiti lah, jual topup & buat bisnes printing. Disebabkan dulu suka betul shopping rasa duit tidak cukup sahaja. Sekarang suka shopping tapi tidaklah seteruk dulu. Hehehe. Elakkan pembaziran ya anak-anak. Tapi best bila kita buat bisnes ni. Macam rasa satu kepuasan. Walaupun ada masa rugi. Tapi itu kan pengalaman hidup. Jangan takut untuk cuba benda yang kita suka. InsyaALLAH benda baik akan datang suatu hari nanti. Yang penting kita cuba sebaik mungkin.

Sebelum habis belajar, kira masa praktikal saya mula buat bisnes jual baju online. Sampai la sekarang. Walaupun bisnes ni kecil-kecilan sahaja tapi tetap bersyukur, masih bertahan sampai hari ni! Jemput singgah ya. Klik sini. Banyak baju cantik. Sempat lagi promote. Hehehe. Saya selalu cari peluang untuk dapat duit lebih. Alhamdulillah baru-baru ni jumpa dengan satu peluang. Mahu tahu?

Tunggu post seterusnya ya?



" Hidup ni sekejap saja, buat la sebanyak mungkin kebaikan di dunia"




1 comment: