Sunday, 17 November 2013

Baby Hilang Tayar

Assalamualaikum pembaca sekalian

Hows your weekend? Semoga semua baik-baik saja ya.
Pagi tadi macam selalunya pergi gaya street dengan mama.
Kalau sabahan mesti tahu kan.
Gaya street ni ada hari ahad saja.
Dari sayur-sayuran, buah-buahan, makanan, baju dan macam-macam lagi la kena jual di situ.
Pagi ni awal sikit datang, sebab awal pulak bangun.



Lepas balik dari gaya street ingat mahu panaskan kereta saya. Masa pergi gaya street tu guna kereta mama. Jalan punya jalan. Parking jauh sikit semalam, sebab parking depan rumah sudah penuh. Lepas tu ter berhenti sekejap. Nampak dari jauh saja. Tayar belakang hilang. Rasa lemah badan. Hati sayu. Terus patah balik.

Masuk dalam rumah cakap selamba dengan mama "Mak, tayar kereta aku hilang "
Mama jangan cakap memang terkejut. Adik lelaki pulak ingat saya main-main.
Lepas tu baru la larat tengok dekat-dekat kereta bila mama dengan adik ada. Sedih sebenarnya. Sayang betul dengan baby saya ni. Dia kotor sikit pun saya sudah kesian ni kan pulak hilang tayar kan. Tidak sampai hati mahu tengok.



Tapi apa jadi pun kena la positif. Alhamdulillah pencuri tu tidak curi baby saya, curi tayar saja. Mungkin dia lagi memerlukan. Semoga Allah cukupkan rezeki dia lepas ni. Banyak pengajaran boleh ambil dari kes baby hilang tayar ni.

  • Apa yang kita ada semua milik ALLAH. Handphone, tab, laptop, kereta, rumah, duit dan semua la. Hanya pinjaman. Bila-bila ALLAH boleh ambil balik
  • Kadang-kadang kita terlampau mengejar bahagia dunia. Kurang mengejar bahagia akhirat
  • Musibah ni mungkin peringatan dari ALLAH untuk saya. Kena rasa bersyukur dengan semua nikmat ALLAH bagi
  • Guna sebaik mungkin nikmat ALLAH bagi untuk buat kebaikan
  • Paling penting PARKING la di tempat yang selamat :)
Saya redha. ALLAH maha PENYAYANG lagi PENGASIH. Mesti ada hikmah. ALLAH tahu apa yang terbaik untuk saya. Semoga kita jadi hamba ALLAH yang lebih baik.






6 comments:

  1. subhanaAllah..sabar ye..tak apa..Allah nak bagi rezeki yang lebih baik..dan Allah juga nak tambah pahala kita kerana bersabar ..

    ReplyDelete
  2. Ya awak. Makasi :) Smoga saya terus sabar.

    ReplyDelete
  3. Salam kunjungan..cakap pasl curi2 ni, dah mcm2 akak kena, penah kena pecah keta, ilang rim tayar, walhal park tempat biasa jeh...mungkin Allah nak menguji kita..:)

    ReplyDelete
  4. Allah sentiasa menguji kita :) Kita boleh lulus @ gagal dalam ujian.

    ReplyDelete
  5. Ingatkan baby manalah tadi rupa2nya tayar kereta... sabarlah dik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Baby keta ksygn :) Ya kak, makasi. Insyaallah sentiasa sabar.

      Delete