Friday, 22 November 2013

ESP baik untuk ibu mengandung

Assalammualaikum semua!

Hari ni mesti best bagi kebanyakkan orang kan. Besok tidak kerja.
Tapi saya antara insan terpilih untuk kerja di hari sabtu :)

Ini sebenarnya mini update saja untuk blog. Tidak dapat post panjang2 ya.
Hari ni mahu kongsi kebaikan ESP untuk mummy mengandung. Lain kali bagi tahu kebaikan ESP untuk yang lain pulak.



Bagi yang belum kenal ESP. Boleh baca di sini. Semua orang boleh minum untuk makanan tambahan.

Ok. Bye!
Thank you singgah & baca blog :)

Sunday, 17 November 2013

Baby Hilang Tayar

Assalamualaikum pembaca sekalian

Hows your weekend? Semoga semua baik-baik saja ya.
Pagi tadi macam selalunya pergi gaya street dengan mama.
Kalau sabahan mesti tahu kan.
Gaya street ni ada hari ahad saja.
Dari sayur-sayuran, buah-buahan, makanan, baju dan macam-macam lagi la kena jual di situ.
Pagi ni awal sikit datang, sebab awal pulak bangun.



Lepas balik dari gaya street ingat mahu panaskan kereta saya. Masa pergi gaya street tu guna kereta mama. Jalan punya jalan. Parking jauh sikit semalam, sebab parking depan rumah sudah penuh. Lepas tu ter berhenti sekejap. Nampak dari jauh saja. Tayar belakang hilang. Rasa lemah badan. Hati sayu. Terus patah balik.

Masuk dalam rumah cakap selamba dengan mama "Mak, tayar kereta aku hilang "
Mama jangan cakap memang terkejut. Adik lelaki pulak ingat saya main-main.
Lepas tu baru la larat tengok dekat-dekat kereta bila mama dengan adik ada. Sedih sebenarnya. Sayang betul dengan baby saya ni. Dia kotor sikit pun saya sudah kesian ni kan pulak hilang tayar kan. Tidak sampai hati mahu tengok.



Tapi apa jadi pun kena la positif. Alhamdulillah pencuri tu tidak curi baby saya, curi tayar saja. Mungkin dia lagi memerlukan. Semoga Allah cukupkan rezeki dia lepas ni. Banyak pengajaran boleh ambil dari kes baby hilang tayar ni.

  • Apa yang kita ada semua milik ALLAH. Handphone, tab, laptop, kereta, rumah, duit dan semua la. Hanya pinjaman. Bila-bila ALLAH boleh ambil balik
  • Kadang-kadang kita terlampau mengejar bahagia dunia. Kurang mengejar bahagia akhirat
  • Musibah ni mungkin peringatan dari ALLAH untuk saya. Kena rasa bersyukur dengan semua nikmat ALLAH bagi
  • Guna sebaik mungkin nikmat ALLAH bagi untuk buat kebaikan
  • Paling penting PARKING la di tempat yang selamat :)
Saya redha. ALLAH maha PENYAYANG lagi PENGASIH. Mesti ada hikmah. ALLAH tahu apa yang terbaik untuk saya. Semoga kita jadi hamba ALLAH yang lebih baik.






Friday, 15 November 2013

ESP - Supplement Kesayangan Saya

Assalammualaikum :)

Hai semua! Apa khabar?
Harap-harap semua sihat tubuh badan & emosi ya.
Apa jadi pun stay positive and SMILE :)

Entry sebelum ni ada cerita pasal ESP kan.
Apa sebenarnya ESP ni? Jom kita berkenalan.

Nama penuh ESP, Energizing Soy Protein. ESP ni salah satu produk Shaklee yang sentiasa BEST SELLER. Shaklee ni kira syarikat pertama yang cipta supplement protein daripada kacang soya. Kalau cakap pasal bahan-bahan yang Shaklee guna untuk buat setiap satu supplement tu memang diaorang sangat-sangat teliti. Bukan ESP saja ya, tapi semua supplement yang Shaklee ada.



Satu lagi kelebihan ESP ni, satu-satunya supplement yang ada di pasaran yang menyediakan 9 asid amino penting yang mana tubuh badan kita tidak dapat hasilkan. Jadi maksudnya untuk dapat asid amino ni kita memang hanya boleh dapat daripada makanan @ minuman.

Macam yang kita tahu memang kebanyakkan makanan & minuman ada kandungan protein. Cumanya kita tidak tahu samada protein yang kita ambil tu betul-betul berkualiti atau tidak. Lagi-lagi makanan yang diproses atau yang dimasak terlalu lama akan menghilangkan kandungan protein dalam makanan tersebut.

Struktur protein terbentuk daripada komponen-komponen kecil yang kita panggil sebagai asid amino. Protein yang berkualiti adalah protein yang mengandungi semua atau hampir semua asid amino yang badan kita tidak dapat hasilkan macam ESP :) Di bawah ni antara kebaikan ESP. Ada sangat baaaaaanyak sebenarnya kebaikan ESP ni. Kalau orang yang sudah minum tu tahu la. Jadi kamu semua mesti cuba. Mesti jatuh cinta nanti macam saya. Heee.





Jadi siapa-siapa yang tengah mencari supplement, ESP la jawapan yang paling tepat. InsyaALLAH lepas minum memang akan rasa sangat-sangat puas hati. Semestinya tidak akan rasa rugi dan kamu akan rasa bersyukur sebab pilih ESP.

Bibi Ashikin (Sembulan, Kota Kinabalu)
0109532677

P/s : Semalam sudah dapat bonus pertama dari SHAKLEE. YEAH!

Saturday, 9 November 2013

Jatuh CINTA minum pertama

Assalammualaikum & Hai semua!

Alhamdulillah. Masih bernafas. Masih dapat merasa nikmat ALLAH. Masih ada peluang untuk berubah jadi manusia yang lebih baik. insyaALLAH.

Hari ni saya mahu story mory pasal kisah cinta saya. Ceritanya bermula...Surprise betul pulak ni. Hehehe. Hari tu 1 office dilanda demam. 1 orang demam, terus semua orang pun rasa mahu demam. Cuaca pun tidak berapa bagus masa tu. Kejap panas, kejap hujan. Badan pun rasa tidak selesa. Macam lemah saja.



Masa tu buat kerja memang tiada mood. Rasa mengantuk. Rasa penat. Rasa lemas. Sebab tidak tahan lagi, pergi la jumpa encik doktor. Dia cakap muka saya pucat betul masa tu. Mungkin sebab tidak cukup rehat & banyak keja. Padahal di office tidaklah banyak kerja pun. Tidur pun cukup rasanya. Lepas tu encik doktor tanya ada makan apa-apa supplement. Saya geleng kepala. Try la makan dia cakap. Ok encik doktor.

Ubat yang encik doktor bagi masa tu saya tiada makan pun. Hehe. Balik office terus pergi jumpa pakcik GOOGLE. Tanya apa supplement yang bagus. Sebab dengan keadaan macam tu saya tidak fokus buat kerja. Balik rumah pun macam balik dari cari kayu pulak. Penat melampau. Balik dari kerja. Mandi, makan, sembahyang lepas tu terus landing atas katil. Sangat tidak produktif. Ayat tu bah. Hehehe. Tapi betul la kan? Badan jadi malas.

Selepas saya tanya berkali-kali dengan pacik GOOGLE. Jawapan dia banyak keluar SUPPLEMENT SHAKLEE. Selepas saya kaji. Macam rasa ok la. Banyak testimoni positif. Jadi terus la mencari pengedar SHAKLEE di KK. Tanya la apa produk yg paling sesuai dengan masalah saya. Dia cadangkan ESP. Saya tanpa banyak tanya terus mahu beli. Terus tanya "boleh hantar malam ni jugak?". Masa tu jam 9 malam sudah. Nasib rumah dia dekat saja. Terus dapat malam tu jugak. YEAY! Padahal belum minum lagi tu, sudah terlebih semangat.



Besok pagi apa lagi, terus la minum ESP. Dengan kuasa tuhan, ALHAMDULILLAH kurang sikit rasa penat. Rasa macam badan bertenaga saja. Sebelum minum ESP ni selalu makan pun tidak teratur. Banyak kali terlambat saja makan. Perut pun bernyanyi la kan. Tapi lepas minum ESP perut jarang meragam. Jadi budak baik terus. Lambat makan pun dia tidak bising. Hebat kan?



Terus terfikir produk bagus boleh kongsi dengan orang lain dan boleh tambah pendapatan lagi. Hari tu jugak terus cari mentor yang boleh ajar saya bisnes SHAKLEE. Berwhatsapp la dengan kakak ni. Upline saya sekarang. Tanya itu tanya ini. 3 hari lepas tu kami jumpa & saya terus daftar jadi member. Jatuh cinta punya pasal. Pertama kali minum terus tahu ini yang terbaik. Sayang ESP.

Hari ni genap 1 bulan minum ESP. ALHAMDULILLAH, terlebih puas hati. Masa beli cuma mahu bagi badan bertenaga. Tapi sekarang dapat lebih dari tu. Perut rasa selesa. Menegangkan tempat yang sepatutnya. Ini bagus untuk ibu-ibu untuk jaga kecantikan di depan suami tercinta. Kalau yang muda-muda lagi la bagus kan. Persediaan sebelum kahwin. Tidak la lepas kahwin baru mahu urus diri kan. ESP ni sebenarnya baaaaaaanyak lagi kebaikan. Syukur jumpa produk SHAKLEE ni.

Baru 1 bulan join SHAKLEE saya suda dapat 1 orang downline. ALHAMDULILLAH. Makcik sendiri sebenarnya. Hehehe. InsyaALLAH kami sama-sama la berusaha lepas ni. Masih sangat baru. Banyak lagi kena belajar. Yang penting jangan berhenti berusaha. Bulan pertama ni dapat jugak bonus. Dalam SHAKLEE untuk dapat bonus minimum kena dapat  150UV, lebih kurang RM500++ jualan. Bulan November ni harap-harap boleh dapat bonus 3 angka pulak. Semoga ALLAH permudahkan la segala untuk saya dan downline saya. Amin.



Siapa-siapa yang berminat mahu tambah pendapatan + tolong orang untuk hidup lebih sihat, jangan malu contact saya ya. Kita sama-sama panjat gunung KEJAYAAN. Aiseh. Terima kasih baca kisah cinta saya sampai habis. Jumpa lagi. Mari hidup lebih sihat dengan SHAKLEE.

(Home Party - SHAKLEE KK)


Bibi Ashikin
Shaklee Independent Distributor
010-9532677






Monday, 4 November 2013

Siapa Saya ? :)

Assalammualaikum.

Hai Semua! :)
Alhamdulillah. 1 Muharam. Semoga tahun ni kita lebih banyak buat amal kebaikan. Jadi hamba solehah. Amin. Memandangkan ni post pertama untuk blog saya. Ada baiknya saya perkenalkan diri saya kan. Chewah. Nama betul Norashikin, Bibi tu biasa la nama manja. Jadi kira nama gabungan la. Bibi Ashikin. Cantik jugak kan? Ish ish. Puji nama sendiri pula. Hehehe.

Asal orang Kota Belud. Orang SABAH bah ni :) Lepas sekolah sambung belajar di Matrikulasi Labuan. Ambil degree Accounting di Universiti Utara Malaysia. Suka betul dengan nombor. Lagi-lagi menguruskan duit. Impian memang mahu jadi AKAUNTAN. InsyaALLAH kalau ada rezeki. Sekarang kerja bahagian akaun di syarikat yang banyak buat kerja-kerja elektrik. ALHAMDULLILLAH.

Sambil-sambil tu saya suka cari duit lebih. Mula masa di universiti lah, jual topup & buat bisnes printing. Disebabkan dulu suka betul shopping rasa duit tidak cukup sahaja. Sekarang suka shopping tapi tidaklah seteruk dulu. Hehehe. Elakkan pembaziran ya anak-anak. Tapi best bila kita buat bisnes ni. Macam rasa satu kepuasan. Walaupun ada masa rugi. Tapi itu kan pengalaman hidup. Jangan takut untuk cuba benda yang kita suka. InsyaALLAH benda baik akan datang suatu hari nanti. Yang penting kita cuba sebaik mungkin.

Sebelum habis belajar, kira masa praktikal saya mula buat bisnes jual baju online. Sampai la sekarang. Walaupun bisnes ni kecil-kecilan sahaja tapi tetap bersyukur, masih bertahan sampai hari ni! Jemput singgah ya. Klik sini. Banyak baju cantik. Sempat lagi promote. Hehehe. Saya selalu cari peluang untuk dapat duit lebih. Alhamdulillah baru-baru ni jumpa dengan satu peluang. Mahu tahu?

Tunggu post seterusnya ya?



" Hidup ni sekejap saja, buat la sebanyak mungkin kebaikan di dunia"